15
Dec

Menara Etiqa dijangka siap suku ketiga 2018

Berita Harian 15 Dec 2017

Maybank Ageas Holdings Bhd, syarikat induk Etiqa Insurans Bhd dan Etiqa takaful Bhd mengumumkan pembangunan hartanah terbarunya, Menara Etiqa yang terletak di Bangsar bakal siap pada 31 Julai 2018.

Menara Etiqa adalah bangunan pejabat 38 tingkat meliputi kawasan seluas 380,000 kaki persegi membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta.

Menara Etiqa adalah bangunan pejabat 38 tingkat meliputi kawasan seluas 380,000 kaki persegi membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas, Kamaludin Ahmad, berkata Menara Etiqa adalah langkah awal pihaknya untuk membabitkan diri dalam pelaburan hartanah pada masa hadapan.

“Menara Etiqa adalah hartanah keempat milik kami dan antara yang terbesar dari jumlah pelaburannya. Ia juga pelaburan masa panjang syarikat, sekali gus menyumbang kepada portfolio pelaburan kami.

“Ketika ini portfolio hartanah adalah sebanyak dua peratus dan masih banyak lagi ruang untuk melabur dalam hartanah. Menara ini juga adalah kebanggaan terbaharu syarikat,” katanya pada majlis pecah tanah Menara Etiqa di Kuala Lumpur, semalam.

“Ketika ini portfolio hartanah adalah sebanyak dua peratus dan masih banyak lagi ruang untuk melabur dalam hartanah. Menara ini juga adalah kebanggaan terbaharu syarikat,” katanya pada majlis pecah tanah Menara Etiqa di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin; Pengerusi Maybank Ageas Holdings Bhd, Datuk R. Karunakaran; Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Pengawasan Kemajuan Tanah Bangsar, Datuk Johan Ariffin dan Pengerusi Eksekutif Savills Malaysia Sdn Bhd, Datuk Christopher Boyd.

Strategi teras Etiqa

Kamaludin berkata, projek itu adalah strategi teras Etiqa memaksimumkan pulangan jangka panjang yang mampan kepada pelanggan dengan mempelbagaikan aset pelaburan.

Katanya, walaupun pembangunan menara itu masih dalam proses pembinaan tetapi pihaknya sudah menerima pertanyaan dan komitmen daripada beberapa pihak yang berminat termasuk syarikat institusi kewangan.

Sementara itu, Boyd, berkata pihaknya selaku ejen hartanah ekslusif Menara Etiqa berpendapat kedudukan dan jalinan perhubungan adalah dua kriteria penting menjadikan menara itu sebagai pilihan utama penyewa.

“Menara ini dapat diakses melalui dua pintu masuk, Jalan Bangsar dan Jalan Bangsar Utama 1 selain kemudahan tempat letak kereta untuk 600 kenderaan, TADIKA, medan selera, gimnasium, kafe, restoran serta surau.

“Ia juga direka untuk mematuhi status MSC dengan merangkul ekonomi digital bagi menarik minat syarikat multinasional. Reka bentuk yang premium tetapi mempunyai kadar sewa yang berpatutan,” katanya.

Source:

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20171215/282836486430103

Read more: Vertical Bangsar South Offie for Rent | Bangsar Office for Rent